Raih Dana untuk Perniagaan Anda

Memacu Perjalanan Keusahawanan Anda dengan Menerbitkan Kempen di Ethis Malaysia

Pelaburan Berasaskan Prinsip Shariah Sepenuhnya

Di dorong oleh Kewangan Islam. Penasihat kami adalah Penasihat Shariah yang berdaftar dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kami adalah satu-satunya platform Pembiayaan Dana Awam Berekuiti Islam di Malaysia masa kini.

Mula di Malaysia

Malaysia adalah pangkalan yang ideal – sebuah hub ekonomi Islam yang terkemuka di seluruh benua Asia Tenggara.

Kriteria untuk Penerbit

Syarikat yang memohon hendaklah sebuah syarikat swasta persendirian tempatan (Sdn Bhd) atau perkongsian liabiliti terhad (LLP).

Syarikat yang memohon TIDAK menjalankan pengumpulan dana di platform Pembiayaan Dana Awam Berekuiti yang lain pada masa yang sama.

Syarikat yang memohon mesti mempunyai modal berbayar TIDAK melebihi RM10,000,000.

Syarikat yang memohon mesti mengisi dan menyerahkan semua dokumen yang dipohon untuk menjadi “Ethis Issuer” termasuk KYC dan borang “Onboarding & Declaration” berserta semua lampiran yang diperlukan.

Syarikat yang memohon BUKAN sebuah syarikat tersenarai awam ataupun salah sebuah anak syarikatnya.

Dana yang dikumpulkan TIDAK boleh digunakan untuk tujuan memberikan pembiayaan atau pelaburan kepada syarikat lain.

Bagi syarikat yang ingin mengumpulkan dana melebihi RM500,000, syarikat yang memohon wajib menyerahkan laporan kewangan yang telah diaudit kepada pihak Ethis Malaysia.

Syarikat yang memohon perlu memastikan untuk TIDAK melebihi had maksimum dana yang dikumpulkan daripada semua platform Pembiayaan Dana Awam Berekuiti seumur hidup yang ditetapkan pada RM10,000,000 secara kumulatif, tidak termasuk sumbangan modal syarikat sendiri atau apa-apa dana yang diperoleh melalui penempatan swasta.

Cara Pendaftaran Perniagaan

1


Isikan Borang Permohonan Penerbit dan NDA (Non-Disclosure Agreement) dengan mengklik butang Mula Sekarang di bawah

2


Nantikan Maklum Balas Kami



3


Proses Ketekunan Wajar

4


Pelancaran Kempen

Hidupkan aspirasi permulaan perniagaan baru anda

Untuk Malaysia meneruskan peranan sebagai peneraju di dalam ekonomi Muslim dunia dan memelihara kedudukannya sebagai negara kewangan Islam, ia perlu menerapkan penggunaan Pembiayaan Dana Awam Berekuiti dengan pantas.

– Datuk Mohd Radzif, Pengerusi Lembaga Penasihat Kumpulan Ethis

Sebuah projek Pembiayaan Dana Awam Berekuiti memberi lebih daripada hanya meraih dana. Ia membina masyarakat dan komuniti di sekeliling produk dan perkhidmatan anda.

Apa yang boleh dibiayai melalui Ethis Malaysia?

Ethis Malaysia adalah platform yang dibina khusus untuk meraih modal ekuiti (Musyarakah: Saham Biasa & Keutamaan) untuk perniagaan seperti syarikat permulaan, PKS, Francaisor / see atau syarikat perniagaan sosial. Ethis Malaysia kini menumpukan pada projek Perniagaan, Pertanian, Harta dan Wakaf yang memberi kesan sosial.

Dari mana dapat saya mendapatkan dana atau perjanjian?

Ethis Malaysia mempunyai sebuah pangkalan data dan jaringan pelabur-pelabur dari seluruh dunia. Sepertimana yang anda maklum, sokongan sering bermula daripada kenalan anda maka adalah dinasihatkan untuk anda mendapat sokongan awal daripada peminat anda terutamanya rakan taulan, keluarga dan masyarakat sekeliling kerana merekalah sumber utama anda untuk sebarkan projek anda.

Bagaimana jika saya mahukan jawapan jika saya mempunyai soalan?

Anda boleh dapatkan jawapan kepada persoalan anda dengan menghubungi kami melalui borang ini. Kami juga mengesyorkan anda untuk melihat Soalan Lazim kami untuk maklumat lanjut.

Nilai unik sesebuah pembiayaan dana awam bukanlah wang, tetapi masyarakatnya.

– Ethan Mollick, Universiti Wharton

Mengapa Ethis?

Sebuah Platform Pembiayaan Dana Awam Berekuiti Islam Berasaskan Shariah.

Ethis Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Ethis adalah sebuah Pengendali Pasaran yang Diiktiraf serta diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menjalankan aktiviti perniagaan Pembiayaan Dana Awam Berekuiti secara global yang membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana di Malaysia. Ethis memberi tumpuannya kepada empat aliran seperti Hartanah, Perniagaan, Pertanian dan Aset-aset Wakaf, yang dinasihati oleh Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang berdaftar.

Liputan dan Rekod Prestasi yang Cemerlang

Organisasi saudara kami iaitu Ethis Indonesia telah melengkapkan lebih daripada 1,400 pelaburan dengan anggaran bernilai $133.4 juta. Ethis Malaysia sedang mengikuti langkah-langkah kejayaan Ethis Indonesia dengan menerapkan langkah-langkah tersebut pada perniagaannya di Malaysia. Pasukan yang dinamik di Malaysia berjalan seiring dengan berkesan dengan rakan sejawatnya di seluruh dunia.

Pasukan dan komuniti kami ingin menyokong anda

Membantu untuk membina sebuah perniagaan daripada idea kepada pelaksanaan adalah amat mengujakan. Kami bersemangat untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang berjaya ketika secara tidak langsung mereka menyokong proses pembangunannya. Sebenarnya, lebih daripada 700 pelabur telah membuat perjanjian lebih RM19 juta untuk menyokong dan menghidupkan projek-projek Kumpulan Ethis selama ini.

Pembangunan SME Terbaik
Naib Juara Pertama Inovasi Kewangan Beretika 2016
Platform Islam Terbaik 2016
Platform Pembiayaan Kewangan Peer-to-peer Islam Terbaik 2018