Mengapa Malaysia

Malaysia terletak di pusat Asia Tenggara, tepat di dalam lingkungan rantau negara-negara ASEAN yang berkembang pantas seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Cambodia, Laos dan Myanmar. Malaysia adalah di kalangan negara ASEAN yang mempunyai pendapatan per kapita yang tertinggi dan merupakan salah sebuah lokasi yang terbaik untuk menjalankan perniagaan, sama ada untuk syarikat permulaan atau syarikat multinasional.

Reputasi Malaysia Sebagai Hub Perniagaan Serantau

Pertama di dalam Thomson Reuters Islamic Finance Development index 2018.

Pertama di dalam INSEAD Global Talent Competitiveness Index 2018.

Pertama di Asia berdasarkan Bloomberg 2018 Emerging Market Scorecard.

Kedua di dalam markah Global Competitiveness Index (GCI) antara negara ASEAN tahun 2019.

Potensi untuk Pembiayaan Dana Awam Berekuiti

­

Pembiayaan Dana Awam Berekuiti mampu memenuhi ruang sebagai pengganti pembiayaan konvensional dan menyokong perkembangan perniagaan-perniagaan melalui penyediaan akses kepada permodalan.

RM22 Billion

Anggaran jurang pembiayaan dihadapi oleh perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

RM587+ Juta

Dana yang telah dikumpul melalui Pembiayaan Dana Awam Berekuiti tempatan dan platform pembiayaan rakan kongsi pada tahun 2019.

12,000+

Jumlah pelabur yang telah menyumbang.




1,629+

Perusahaan-perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah menerima pembiayaan melalui pembiayaan dana awam sejak tahun 2015.