Bagaimana Ia Berfungsi – Pelabur

1

Isikan butiran anda untuk penyediaan akaun pelabur. Log masuk untuk mengakses papan pemuka anda.

2

Lihat serta semak tawaran-tawaran sedia ada. Pilih tawaran yang anda berminat untuk melabur.

3

Melabur melalui atas talian dan membuat pemindahan dana ke akaun pemegang amanah.

4

Tandatangan secara elektronik untuk menerima perjanjian anda.

5

Anda akan menerima informasi terkini mengenai pelaburan anda secara berkala.

6

Di mana berkenaan, buat pengeluaran untuk pulangan pelaburan anda.

Kriteria untuk Pelabur

  • Ethis Malaysia menawarkan perkhidmatan pembiayaan dana awam kepada Pelabur Runcit, Pelabur “Angel” serta Pelabur-pelabur Berperinci/Bertauliah seperti yang diterangkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SS) Malaysia.
  • Tiada sebarang sekatan untuk penyertaan sebagai pelabur selagi mana kesemua syarat-syarat KYC / AML dipenuhi.
  • Semua para pelabur dikehendaki untuk mengakui bahawa mereka bersedia untuk dilayan sebagai Pelabur Runcit, Pelabur “Angel” atau Pelabur-pelabur Berperinci/Bertauliah.

Jenis-jenis Pelabur

Runcit

  • Merujuk kepada pelabur selain Pelabur “Angel” serta Pelabur-pelabur Berperinci/Bertauliah.

"Angel"

  • Seorang pemastautin yang membayar cukai di Malaysia; dan,
  • Mempunyai jumlah pendapatan tahunan kasar tidak kurang daripada RM 180,000 atau jumlah yang setara dalam mata wang asing dalam dua belas bulan sebelumnya; atau
  • Pelabur yang bersama pasangannya, mempunyai jumlah pendapatan tahunan kasar melebihi RM250,000 atau jumlah yang setara dalam mata wang asing dalam 12 bulan sebelumnya.

Bertauliah & Berperinci

  • Mana-mana pelabur yang termasuk di dalam kategori pelabur yang dinyatakan dalam Bahagian 1, Jadual 6 dan 7, Akta Perkhidmatan Pasaran Modal 2007 [Akta 671] dan termasuk Syarikat Modal Teroka, Perbadanan Pengurusan Modal Teroka, Syarikat Berekuiti Swasta dan Syarikat Pengurusan Ekuiti Swasta yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SS) Malaysia; atau
  • Merujuk kepada individu yang jumlah aset peribadi bersihnya melebihi RM3 juta atau yang setara dalam mata wang asing dan mempunyai pengalaman melabur dalam saham.

Kriteria Ketekunan Wajar

  • Kami akan mengesahkan semua dokumen permohonan syarikat yang diterbitkan untuk memastikan kesahihannya sebelum kempen dilancarkan.
  • Kami akan menjalankan pemeriksaan latar belakang Syarikat Penerbit, termasuk Pengarah, Pemegang Saham dan Pengurusan Kanannya untuk memastikan pematuhan kepada syarat-syarat AML (Anti-Money Laundering) dan memastikan bahawa Syarikat Penerbit lulus ujian “Fit and Proper”.
  • Kami akan memaklumkan semua pelabur melalui platform kami setiap kali terdapat perubahan yang membawa kesan kurang baik yang ketara sepanjang tempoh penawaran.